Friday, July 30, 2010


Bahasa Melayu,
Bahasa Ibunda,
Tolonglah jangan dipingirkan.

Bangsa Melayu,
Tidak akan hilang didunia,
Terpulanglah kepada kita untuk perjuangkannya!

Angin menderu,
Pokok bergoyang,
Tirai ditutup Bulan Puasa menjelang,
Selamat berpuasa kepada umat Islam sekelian.
Di lain masa, kita bersembang.

Nostalgia...






Kenangan mengusik jiwa apabila mendapati diri sedang duduk bertentangan dengan sebuah bangunan yang tersergam indah dan gah iaitu Rumah Parlimen. 13 tahun berlalu begitu cepat sekali. Namun kenangan abadi terpahat di jiwa mencengkam sanubari tatkala mengimbas kenangan merakamkan hari bahagia bersama si dia. Alahai...



































Open House atau Rumah Terbuka sekolah saya tahun ini jatuh pada tanggal 30.7.10. Ianya juga merupakan berakhirnya kempen Bulan Bahasa 2010. Disini saya sempat merakamkan beberapa gambar yang menunjukkan hasil kerja murid. Saya terharu dan sangat bangga dengan kreativiti dan budi bicara yang dipaparkan menerusi hasil kerja murid-murid ini. Dengan sokongan guru-guru lain di Sekolah Rendah Zhenghua, ini semua berjaya dihasilkan pada jangka masa yang agak singkat. Saya ingin mengucapkan terimakasih kepada semua guru-guru dan murid-murid sekolah saya yang terlibat dalam proses peningkatan dalam penggunaan bahasa Melayu kita. Secara tidak langsung kita telah sama-sama berjuang menentang sikap negatif dan takut untuk menggunakan bahasa Melayu. Saya sangat setuju dengan cogan kata sekolah saya iaitu,LAKUKAN YANG TERBAIK!


Ibu bapa Fahmy (Darjah 2, Arif) yang datang berkunjung ke Rumah Terbuka kami dengan bersama, mungkin, bakal murid Sekolah Rendah Zhenghua. Comelnya!



























Ima, seorang penuntut dari Politeknik Republik, dengan sukacitanya berkongsi pengalaman dan jerih payah menjadi seorang sukarela demi menyumbangkan masa dan tenaga untuk menyambut Hari Lahir Singapura.


Ima cuba bertutur dalam bahasa Melayu sebaik mungkin. Inilah hasilnya!

Semasa di Padang...

Semangat NDP












































Hari Sabtu, 24.7.10, yang lalu, bersama dengan murid-murid darjah 5 dari Sekolah Rendah Zhenghua, kami telah berpeluang menyaksikan persembahan yang hebat dari sekolah-sekolah, aksi para ahli payung terjun dan banyak lagi acara yang gah. Tersenyum saya melihat betapa cerianya murid-murid ini bersuka-ria dan bernyanyi lagu-lagu bertemakan Hari Kebangsaan. Majulah Singapura...






















































Bacalah muridku...


















Fokus Bulan Bahasa 2010 ialah meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam penggunaan bahasa Melayu. Pendedahan yang terbaik menurut Encik Hawazi Daipi ialah dengan menggunakan akhbar (Berita Harian) sebagai wadah atau media bagi penggunaan bahasa Melayu yang baik dan berkesan.

Lihat ;
http://mbms.sg/news/liputan-media/menggalakkan-orang-melayu-mengguna-bahasa-ibunda/















Saya telah mengenalkan sesi bacaan surat khabar bagi murid-murid darjah 3 di kelas saya. Mereka pada mulanya tidak begitu ghairah kerana kebanyakkan dari ibu bapa mereka tidak melanggani surat khabar Melayu. Namun setelah melihat rakan mereka membaca 'berita' dihadapan kelas seperti Riz Sunawan, mereka teruja untuk membaca pada esok harinya. Saksikanlah gelagat anak-anak didik saya ini.










Berkongsi maklumat dan berusaha meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu di sekolah dan diluar sekolah merupakan objektif bagi perhimpunan Bulan Bahasa 2010 yang diadakan di Sekolah Rendah Zhenghua. Berpandukan slogan 'Bahasa Kita. Gunakanlah' tahun ini, pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan bagi setiap murid dari darjah 1 hingga 6.