Friday, July 30, 2010




Ima, seorang penuntut dari Politeknik Republik, dengan sukacitanya berkongsi pengalaman dan jerih payah menjadi seorang sukarela demi menyumbangkan masa dan tenaga untuk menyambut Hari Lahir Singapura.


Ima cuba bertutur dalam bahasa Melayu sebaik mungkin. Inilah hasilnya!

Semasa di Padang...

Semangat NDP












































Hari Sabtu, 24.7.10, yang lalu, bersama dengan murid-murid darjah 5 dari Sekolah Rendah Zhenghua, kami telah berpeluang menyaksikan persembahan yang hebat dari sekolah-sekolah, aksi para ahli payung terjun dan banyak lagi acara yang gah. Tersenyum saya melihat betapa cerianya murid-murid ini bersuka-ria dan bernyanyi lagu-lagu bertemakan Hari Kebangsaan. Majulah Singapura...






















































Bacalah muridku...


















Fokus Bulan Bahasa 2010 ialah meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam penggunaan bahasa Melayu. Pendedahan yang terbaik menurut Encik Hawazi Daipi ialah dengan menggunakan akhbar (Berita Harian) sebagai wadah atau media bagi penggunaan bahasa Melayu yang baik dan berkesan.

Lihat ;
http://mbms.sg/news/liputan-media/menggalakkan-orang-melayu-mengguna-bahasa-ibunda/















Saya telah mengenalkan sesi bacaan surat khabar bagi murid-murid darjah 3 di kelas saya. Mereka pada mulanya tidak begitu ghairah kerana kebanyakkan dari ibu bapa mereka tidak melanggani surat khabar Melayu. Namun setelah melihat rakan mereka membaca 'berita' dihadapan kelas seperti Riz Sunawan, mereka teruja untuk membaca pada esok harinya. Saksikanlah gelagat anak-anak didik saya ini.










Berkongsi maklumat dan berusaha meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu di sekolah dan diluar sekolah merupakan objektif bagi perhimpunan Bulan Bahasa 2010 yang diadakan di Sekolah Rendah Zhenghua. Berpandukan slogan 'Bahasa Kita. Gunakanlah' tahun ini, pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan bagi setiap murid dari darjah 1 hingga 6.









Wednesday, July 28, 2010

Laguku....Sumbangan untuk Bulan Bahasa 2010

Saya ingin berkongsi lagu popular yang telah dinyanyikan semula dengan menggunakan lirik lagu yang telah diubah suai mengikut cita rasa murid-murid darjah empat dari sekolah saya. Hasil karya ini tercipta kerana ianya merupakan salah satu dari aktiviti sekolah kami sempena bulan bahasa.





Thursday, July 15, 2010

Bulan Bahasa 2010 Mini.mp4

Akan menggunakan klip ini untuk perhimpunan di sekolah saya nanti. Tidak sangka seorang yang bukan berbangsa Melayu telah lama memartabatkan bahasa Melayu dan terus mengikhtiraf pengunaannya hingga dewasa ini.

Taufik Batisah solo -together2.mp4

Berkongsi video klip ini bersama murid-murid di kelas dan bersama anak-anak dirumah. Mereka semua sangat gembira dengan persembahan Taufik. Inilah daya tarikan seorang idola. Syabas, saya ucapkan untuk Taufik Batisah!